Kehamilan
Mengenai Para Ibu
5 minit baca
Mengenai Para Ibu
Menolak bayi anda melalui saluran kelahiran memberi tekanan regangan yang besar pada kebanyakan organ pelvis, yang boleh mencetuskan kehilangan kawalan pundi kencing. Sesetengah wanita kelihatan lebih tahan terhadap regangan ini berbanding yang lain.
Melahirkan anak memberi tekanan besar kepada pundi kencing dan otot sokongan lantai pelvis anda. Kelahiran secara faraj, koyakan pada perineum, atau episiotomi (potongan pada perineum untuk memudahkan bayi keluar), serta kerosakan pada saraf pundi kencing, menjadikan kehilangan kawalan pundi kencing satu masalah biasa untuk ibu baru.
Kebanyakan wanita kembali mengawal pundi kencing secara perlahan-lahan, tetapi sesetengah masalah boleh menjadi lebih teruk di kemudian hari akibat perubahan semula jadi seperti menopaus. Batuk atau bersin yang berpanjangan, sembelit, peningkatan berat badan, dan tentu sekali, mengangkat anak-anak juga boleh memberikan tekanan pada lantai pelvis yang sudah lemah atau cedera.
Pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan kerana mereka akan membantu anda mengenal pasti, mengawal dan memperbaiki masalah kehilangan kawalan pundi kencing mengikut gaya hidup anda.
Lihat produk POISE® untuk mengetahui bagaimana ia boleh membantu ibu-ibu sibuk mengurus kebocoran urin ringan.
Tip Pemakanan & Gaya Hidup
Protein
Ambil daging tanpa lemak, ikan, ayam dan/atau alternatif kerana makanan ini kaya dengan protein yang membantu membaiki dan menguatkan otot lemah, termasuk otot lantai pelvis anda.

Senaman Lantai Pelvis
Senaman Lantai Pelvis (senaman Kegel) sangat penting untuk membaiki dan menguatkan otot lantai pelvis serta membantu anda mengawal semula kelemahan pundi kencing. Tak pernah terlambat untuk mula, sama ada anda baru melahirkan atau anak anda sudah 4 tahun.

Kekalkan Pengambilan Cecair
Jika anda menyusukan bayi, pastikan anda kekal terhidrat ® bukan sahaja kerana anda menghasilkan susu, tetapi urin yang lebih pekat boleh merengsakan pundi kencing dan uretra serta memburukkan masalah kawalan pundi kencing.

Ibu Baru & Senaman
Mulakan semula senaman dengan perlahan tetapi konsisten. Menurunkan berat badan selepas bersalin dan mengaktifkan otot-otot badan akan membantu menguatkan otot lantai pelvis anda. Senaman juga menaikkan mood dan dapat mengurangkan kemurungan selepas bersalin.

Peraturan Pemakanan
Sesetengah makanan dan minuman boleh merengsakan pundi kencing. Buah sitrus, tomato atau makanan pedas mungkin memberi kesan ini. Cuba catat dalam diari pundi kencing untuk kenal pasti yang mana satu menyebabkan kelemahan.

Diet Seimbang
Nikmati pelbagai bijirin (termasuk roti, nasi, pasta dan mi), sebaiknya bijirin penuh yang membekalkan serat. Makanan ini juga mengandungi protein untuk membaiki otot lantai pelvis anda.

Inkontinens boleh menjejaskan wanita dari semua peringkat umur. Liner dan pad Poise direka khas untuk membantu wanita mengurus kebocoran pundi kencing dengan mudah dalam kehidupan seharian.