Kehamilan
Bagaimana Saya Boleh Kenal Pasti Jika Saya Mengalami Inkontinens Semasa Hamil
5 minit baca
Bagaimana Mengenal Pasti Inkontinens Kehamilan?
Jika anda sedang hamil atau baru sahaja melahirkan anak, ada kemungkinan anda mengalami inkontinens berkaitan kehamilan. Berat bayi dan tekanan semasa bersalin menyumbang kepada kelemahan otot lantai pelvis. Ramai wanita mengalami simptom seperti:
- Kebocoran urin apabila batuk, bersin, mengangkat sesuatu, ketawa atau bersenam
- Tidak dapat mengawal kentut
- Keperluan mendesak untuk membuang air kecil atau air besar
- Kebocoran najis selepas ke tandas
- Kesukaran untuk membuang air besar
- Rasa seperti ada ketulan atau tarikan di dalam faraj (ini mungkin tanda prolaps)
Urin atau Cecair Amnion?
Mungkin sukar untuk membezakan antara inkontinens stres dan kebocoran cecair amnion (air ketuban) dalam beberapa minggu terakhir kehamilan anda.
Apabila air ketuban pecah, cecair amnion akan keluar dari faraj ® ia mungkin berlaku secara memancut atau menitis perlahan-lahan. Walaupun anda mungkin bergerak dengan perlahan dan berhati-hati, cecair amnion biasanya keluar apabila anda bangun selepas berbaring atau duduk lama dan tidak dapat dikawal. Cecair amnion biasanya tidak berbau dan tidak berwarna (tetapi mungkin mengandungi sedikit lendir atau darah).
Urin, sebaliknya, biasanya bocor apabila anda batuk, ketawa, bersin atau bergerak secara tiba-tiba, walaupun ketika sedang berbaring. Ia mungkin jernih atau kekuningan, tetapi kebiasaannya mempunyai bau yang ketara.
Jika anda fikir anda mengalami kebocoran cecair amnion, atau jika cecair tersebut mengandungi meconium (najis pertama bayi baru lahir) yang berwarna hijau gelap, hubungi bidan, doktor atau wad bersalin anda dengan segera.
Bagaimana Saya Boleh Menguruskan Inkontinens?
Inkontinens boleh menjejaskan wanita dari semua peringkat usia. POISE® menawarkan pelbagai jenis Liner dan Pad yang direka khas untuk membantu dalam perlindungan kebocoran urin ringan dan penjagaan inkontinens kehamilan. Ia menyerap 2X lebih baik berbanding produk haid biasa, dan semuanya secara discreet serta selesa digunakan.
Cubalah hari ini! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang tersedia dan mencari pilihan yang paling sesuai untuk anda, lawati halaman produk POISE® kami.
