Kehamilan

Memahami Inkontinens Semasa Kehamilan

5 minit baca
Article Banner Understanding Pregnancy Incontinence

Apakah Itu Inkontinens Kehamilan

Inkontinens kehamilan, iaitu kehilangan kawalan air kencing secara tidak sengaja, merupakan kejadian biasa yang dialami oleh ramai wanita pada suatu ketika semasa kehamilan mereka. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin ringan dan jarang berlaku.

Bagi yang lain, ia mungkin lebih teruk. Apabila anda hamil, tubuh anda mengalami perubahan luar biasa. Akibatnya, apabila bayi anda membesar, tekanan ke atas pundi kencing meningkat dan jumlah urin yang boleh ditampung oleh pundi kencing berkurangan ® ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil. Ini melemahkan otot lantai pelvis dan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebocoran.

Memahami Inkontinens Kehamilan

APAKAH JENIS-JENIS INKONTINENS KEHAMILAN?

Kebanyakan inkontinens yang berlaku semasa kehamilan biasanya merupakan inkontinens stres (SI) iaitu kehilangan air kencing yang disebabkan oleh tekanan yang meningkat ke atas pundi kencing. Apabila ini berlaku, sfinkter pundi kencing tidak berfungsi dengan baik untuk menahan urin.

Kadang-kadang, inkontinens kehamilan disebabkan oleh pundi kencing yang terlalu aktif (OAB), yang menyebabkan keinginan membuang air kecil lebih kerap daripada biasa akibat pengecutan pundi yang tidak terkawal.Otot di sekitar uretra juga boleh terjejas.

Biasanya, otot ini mencegah urin keluar dari badan, tetapi jika berlaku kontraksi kuat pada pundi, ia boleh mengatasinya.

APAKAH PUNCA INKONTINENS KEHAMILAN?

Sfinkter pundi kencing ialah injap otot di bahagian bawah pundi yang berfungsi mengawal aliran urin. Semasa hamil, tekanan daripada rahim yang membesar boleh memberi tekanan kepada pundi kencing, sfinkter pundi dan otot lantai pelvis anda. Akibatnya, urin boleh bocor apabila terdapat tekanan tambahan ® seperti ketika batuk atau bersin.

Masalah inkontinens juga boleh berterusan selepas bersalin kerana proses kelahiran boleh melemahkan otot lantai pelvis dan menyebabkan pundi kencing terlalu aktif.

Faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah kawalan pundi termasuk:
  • Kerosakan pada saraf yang mengawal pundi kencing Kedudukan uretra dan pundi
  • yang berubah semasa kehamilan
  • Episiotomi (potongan kecil pada otot lantai pelvis) semasa bersalin bagi memudahkan kelahiran bayi
Selain itu, ada juga keadaan tertentu semasa kelahiran yang boleh meningkatkan risiko masalah kawalan pundi dan usus, seperti:
  • Melahirkan anak pertama
  • Bayi yang besar
  • Proses bersalin yang panjang (terutamanya pada peringkat kedua)
  • Kelahiran sukar melalui faraj dengan bantuan alat seperti vakum atau forsep
Bagaimana pula jika saya bersalin secara pembedahan caesarean?

Bersalin secara caesarean mungkin mengurangkan risiko masalah kawalan pundi kencing yang teruk bagi kelahiran pertama, tetapi manfaat ini berkurangan selepas pembedahan caesarean ketiga dan seterusnya.

Apa yang Boleh Saya Lakukan untuk Mencegah Inkontinens Kehamilan?

Salah satu cara terbaik untuk membantu mengawal inkontinens stres ialah dengan melakukan senaman lantai pelvis (senaman Kegel).

Senaman lantai pelvis membantu mengetatkan dan menguatkan otot-otot lantai pelvis yang boleh memperbaiki fungsi uretra dan sfinkter rektum, serta membantu mengawal inkontinens urin.

Di manakah letaknya otot lantai pelvis saya? Cara mudah untuk mengenal pasti ialah semasa membuang air kecil, cuba berhenti di pertengahan aliran. Otot yang anda gunakan untuk menghentikan aliran itulah otot lantai pelvis anda.

Mengurus Inkontinens Kehamilan

BAGAIMANA INKONTINENS KEHAMILAN DIRAWAT?

Terdapat beberapa teknik yang berkesan untuk merawat inkontinens semasa dan selepas kehamilan. Teknik tingkah laku seperti pengosongan berjadual (timed voiding) dan latihan pundi kencing (bladder training) adalah disyorkan sebagai rawatan awal dan boleh dilakukan di rumah tanpa kesan sampingan yang serius.

Timed voiding melibatkan penyimpanan diari untuk merekodkan masa anda membuang air kecil dan bila berlakunya kebocoran. Anda akan mula perasan corak kebocoran dan boleh mengelakkannya dengan pergi ke tandas sebelum masa-masa tersebut.

Latihan pundi kencing pula melibatkan peningkatan secara berperingkat jarak masa anda ke tandas. Mulakan dengan pergi setiap sejam. Kemudian naikkan kepada setiap 90 minit, kemudian dua jam dan seterusnya hingga anda boleh bertahan selama 3®4 jam antara setiap lawatan ke tandas. Kaedah lain termasuk menangguhkan keinginan ke tandas selama 15 minit pada kali pertama anda rasa mahu ke tandas.

Lakukan selama dua minggu, kemudian tingkatkan kepada 30 minit dan seterusnya. Anda juga boleh menggunakan pessary (alat untuk menyokong uretra atau menguatkan otot pelvis), atau ubat-ubatan untuk mengawal kekejangan pundi, menguatkan otot uretra atau merehatkan pundi kencing yang terlalu aktif.

Jika anda tidak pasti, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui pilihan terbaik bagi mengurus simptom anda.

APA YANG BERLAKU SELEPAS KEHAMILAN (POSTPARTUM)?

Apabila anda bersalin, saraf, ligamen dan otot lantai pelvis yang biasanya bekerjasama menyokong pundi, menutup uretra dan mencegah kebocoran urin boleh terjejas atau tercedera. Bila ia tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami inkontinens stres.

Inkontinens stres adalah aduan biasa dalam kalangan wanita hamil, dan ada yang masih mengalaminya walaupun selepas melahirkan bayi.

Wanita yang bersalin secara faraj lebih cenderung mengalami masalah ini berbanding mereka yang bersalin secara caesarean (walaupun ada juga yang mengalami inkontinens selepas pembedahan caesarean).

Faktor lain yang mempengaruhi inkontinens selepas bersalin termasuk:
  • Obesiti ® Wanita obes 4 kali ganda lebih cenderung mengalami inkontinens stres
  • Merokok ® Wanita yang merokok mempunyai risiko lebih tinggi
  • Genetik ® Kajian terbaru menunjukkan kecenderungan genetik juga memainkan peranan
  • Kelahiran berganda ® Masalah inkontinens lebih tinggi dalam kalangan ibu yang mempunyai ramai anak
Inkontinens boleh menjejaskan wanita dari semua peringkat umur. Liner dan pad Poise direka khas untuk membantu wanita mengurus kebocoran pundi kencing dengan mudah dalam kehidupan seharian.