Menopaus
Inkontinens Semasa Menopaus
5 minit baca
Apakah Itu Menopause?
Sama ada anda sedang mengalami menopause atau bakal mengalaminya, masa ini boleh menjadi tempoh yang sukar bagi mana-mana wanita. Dengan simptom seperti hot flushes (rasa panas yang tiba-tiba), perubahan mood, dan pendarahan yang tidak teratur, menopause juga memberi kesan pada tahap hormon anda yang boleh menyebabkan inkontinens.
Secara definisi, menopause berlaku apabila ovari anda tidak lagi menghasilkan cukup hormon Progesteron dan Oestrogen untuk membantu kesuburan dan ovulasi. Walaupun ini bermakna kitaran haid anda berhenti, ketidakseimbangan hormon seterusnya boleh membawa kepada pelbagai simptom fizikal dan emosi.
Jadi, bila semua ini bermula? Jika anda seorang wanita di pertengahan umur 40-an, anda akan mula mengalami simptom menopause apabila keupayaan anda untuk hamil mula berakhir.
Memahami Inkontinens Semasa Menopause
INKONTINENS KERANA KEHILANGAN OESTROGEN
Oestrogen adalah hormon yang membantu mengawal kitaran bulanan anda. Ia juga melindungi daripada penyakit jantung, melambatkan kemerosotan tulang, serta mengekalkan pundi kencing dan uretra dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.
Namun, apabila menopause bermula, tahap Oestrogen anda mula menurun; ini menyebabkan otot lantai pelvik menjadi lemah dan kurang mampu mengawal pundi kencing anda. Proses ini dikenali sebagai ®relaksasi pelvik®. Selain itu, tisu uretra juga mula menipis. Apabila usia meningkat, tahap Oestrogen terus menurun sepanjang menopause (dan selepasnya), menjadikan masalah inkontinens urin lebih serius.
Namun, apabila menopause bermula, tahap Oestrogen anda mula menurun; ini menyebabkan otot lantai pelvik menjadi lemah dan kurang mampu mengawal pundi kencing anda. Proses ini dikenali sebagai ®relaksasi pelvik®. Selain itu, tisu uretra juga mula menipis. Apabila usia meningkat, tahap Oestrogen terus menurun sepanjang menopause (dan selepasnya), menjadikan masalah inkontinens urin lebih serius.
JENIS-JENIS INKONTINENS YANG PALING BIASA SEMASA MONOPOS?
Berikut adalah jenis-jenis masalah inkontinens urin yang paling biasa dialami semasa fasa menopaus:
Inkontinens tekanan - Ini merupakan salah satu jenis masalah kawalan pundi kencing yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia. Ia berlaku apabila air kencing keluar tanpa sengaja semasa anda batuk, ketawa, bersin, bersenam atau mengangkat sesuatu yang agak berat. Tekanan secara tiba-tiba ke atas dinding pundi kencing daripada aktiviti ini boleh menyebabkan kebocoran kerana ia menekan pundi kencing dan menyebabkan air kencing keluar.
Inkontinens desakan - Merupakan masalah kawalan pundi kencing yang paling kerap berlaku dalam kalangan warga emas. Dengan keadaan ini, otot pundi kencing akan mengecut secara tiba-tiba, menghasilkan rasa ingin membuang air kecil yang kuat dan kerap, diikuti dengan kehilangan kawalan kencing secara tidak sengaja. Air kencing bocor kerana otot pundi kencing mengecut pada waktu yang tidak sesuai (atau sepanjang masa). Jenis inkontinens ini boleh berlaku semasa tidur, minum air, atau ketika mendengar bunyi air mengalir.
Inkontinens limpahan - Dicirikan oleh kebocoran air kencing yang kerap atau berterusan (menitis perlahan-lahan). Jika anda mengalami inkontinens jenis ini, anda akan mendapati diri sukar mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Pundi kencing yang tidak kosong ini akan melimpah dan menyebabkan kebocoran. Selain itu, anda mungkin sentiasa berasa seperti pundi kencing tidak pernah betul-betul kosong. Aliran air kencing semasa membuang juga mungkin sangat perlahan. Jenis inkontinens ini sering berlaku kepada individu yang mempunyai kerosakan pada pundi kencing, saluran kencing tersumbat, atau kerosakan saraf akibat diabetes.
Apakah Rawatan untuk Inkontinens Semasa Menopaus?
Jadi, apakah yang boleh anda lakukan? Rawatan inkontinens urin bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jenis inkontinens yang anda alami.
Doktor Perubatan Am (GP) anda mungkin akan memulakan rawatan awal dengan mencadangkan beberapa perubahan gaya hidup seperti:
- Mengurangkan pengambilan kafein dan alkohol
- Melatih semula pundi kencing untuk menahan air kencing dengan hanya membuang air kecil pada waktu yang dijadualkan
- Menurunkan berat badan untuk mengurangkan tekanan pada pundi kencing dan otot pelvis
- Menjalankan senaman otot pelvis (juga dikenali sebagai senaman Kegel) yang boleh menguatkan otot lantai pelvis, menyokong struktur pundi kencing dan membantu menutup saluran uretra
Jika perubahan gaya hidup tidak berkesan, doktor anda mungkin akan mencadangkan rawatan yang lebih mendalam.
Walaupun kedengaran pelik, minum banyak air dan membuang air kecil secara kerap sebenarnya sangat membantu bagi mengawal inkontinens. Tindakan menahan air kencing selama mungkin sebelum membuangnya boleh membantu menguatkan otot-otot di sekeliling pundi kencing dan uretra.
Menguruskan Inkontinens Semasa Menopaus
BAGAIMANA MASALAH KAWALAN PUNDI KENCING DIKENAL PASTI?
Pada peringkat awal, doktor anda (GP) akan mengambil sejarah perubatan yang terperinci dan menjalankan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan pelvis. Untuk mengenal pasti masalah kawalan pundi kencing dengan lebih lanjut, sampel air kencing anda akan diuji bagi mengesan tanda-tanda jangkitan atau masalah lain.
Doktor anda juga mungkin akan mencadangkan agar anda menyimpan diari kencing (voiding diary atau bladder diary) untuk merekodkan simptom serta situasi di mana anda terasa ingin membuang air kecil atau mengalami kebocoran air kencing. Diari ini boleh membantu mengenal pasti punca masalah anda dengan lebih tepat dan membantu doktor menentukan pilihan rawatan yang paling sesuai.
BILA SAYA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Doktor anda (GP) harus menjadi individu pertama yang anda temui jika mengalami sebarang masalah berkaitan inkontinens. Mereka boleh menentukan langkah terbaik untuk rawatan anda. Selain itu, doktor juga mungkin akan mencadangkan anda berjumpa dengan pakar yang lebih khusus dalam menguruskan kawalan pundi kencing. Pakar-pakar tersebut termasuk:
- Pakar Sakit Puan (Ginekologi)
- Pakar Uroginekologi
- Pakar Urologi
- Pakar Fisioterapi Kontinens
Inkontinens boleh menjejaskan wanita dari semua peringkat umur. Liner dan pad Poise direka khas untuk membantu wanita mengurus kebocoran pundi kencing dengan mudah dalam kehidupan seharian.
