Menopaus

Bagaimana Menopaus Mempengaruhi Kawalan Pundi Kencing

5 minit baca
Article Banner How does Menopause Affect Bladder Control

Bagaimana Menopaus Mempengaruhi Kawalan Pundi Kencing

Menopaus menyebabkan perubahan hormon, terutamanya penurunan hormon estrogen. Akibatnya, ligamen yang menyokong pundi kencing akan menjadi lemah dan kurang anjal, lalu menyebabkan pundi kencing berubah sedikit kedudukan.

Ini boleh memberi kesan kepada tubuh anda dalam beberapa cara:

Otot lantai pelvis anda menjadi lemah

Seperti otot lain dalam badan, otot lantai pelvis juga akan menjadi lemah seiring usia. Oleh kerana otot ini mengawal pundi kencing dan usus, keupayaan anda untuk menahan dan sampai ke tandas tepat pada masanya akan berkurangan. Anda akan berasa lebih kerap ingin ke tandas. Otot lantai pelvis yang lemah juga menyukarkan kawalan angin (gas) dan boleh menyebabkan prolaps ® keadaan di mana organ dalaman turun atau tergelincir dari tempat asal. Jangan risau! Anda boleh menguatkan otot ini dengan senaman Kegel.

pundi kencing anda tidak lagi seanjal

Apabila usia meningkat, keanjalan pundi kencing turut berkurangan dan pundi sukar untuk meregang. Apabila pundi kencing dipenuhi air kencing, kekurangan keanjalan ini akan merangsang otot pundi dan menyebabkan ia menjadi terlalu aktif (overactive bladder). Ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil. Bila digabungkan dengan otot lantai pelvis yang lemah, ia menjadi lebih sukar untuk menahan kencing atau melengahkan ke tandas.

Anda mungkin mengalami kekeringan faraj

Dengan penurunan hormon estrogen, lapisan dalam faraj menghasilkan kurang mukus, menyebabkan kekeringan. Perkara yang sama boleh berlaku pada uretra (saluran keluar air kencing), yang meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI). Ini terjadi apabila bakteria dari usus memasuki saluran uretra. GP anda mungkin akan mencadangkan krim estrogen atau supositori estrogen untuk membantu mencegah jangkitan selanjutnya.

Anda mungkin mengalami peningkatan berat badan

Menopaus boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Kenaikan berat yang ketara akan memberi tekanan tambahan pada pundi kencing dan melemahkan otot lantai pelvis, sekali gus meningkatkan risiko masalah kawalan pundi dan usus. Ini boleh menyebabkan inkontinens tekanan, di mana anda mengalami kebocoran air kencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Cuba kekalkan berat badan yang sihat dan terkawal untuk membantu mengurangkan tekanan ini.

Masalah Kesihatan Lain

Anda Mungkin Mengalami Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Menyumbang Kepada Inkontinens Anda mungkin akan menyedari beberapa masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi keadaan inkontinens. Antaranya termasuk:
  • Diabetes - Penyakit ini dikenalpasti sebagai faktor yang meningkatkan risiko wanita mengalami masalah inkontinens.
  • Kerosakan saraf (neuropati) - Merupakan komplikasi biasa diabetes, di mana kerosakan pada saraf yang mengawal pundi kencing dan usus boleh menyebabkan kehilangan deria, masalah untuk mengosongkan pundi dengan sempurna, dan sembelit.
    Cara terbaik untuk mencegah atau menghentikan kerosakan saraf adalah dengan mengawal diabetes dengan baik.
Pembedahan Histerektomi Juga Boleh Menyebabkan Masalah

Jika anda pernah menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan rahim) atau pembaikan prolaps, anda mungkin akan mengalami masalah kawalan pundi kencing.

Walaupun tidak jelas sama ada pembedahan itu sendiri menjadi punca, senaman lantai pelvis sebelum dan selepas pembedahan dapat membantu mengurangkan, malah dalam sesetengah kes menghapuskan masalah inkontinens selepas pembedahan.